Bandar Tasik Kesuma (Beranang)

Malaysia / Selangor / Beranang
 neighbourhood  Add category

Kesuma Lakes sebuah kawasan perumahan yang sedang membangun di kawasan Semenyih.
Bandar Tasik Kesuma atau Kesuma Lake merupakan kawasan perumahan baru ,sejak 2001. Terletak di antara Semenyih dengan Beranang iaitu kira-kira 13 km dari Kajang dan 5 km dari bandar Semenyih.
* Bandar Tasik Kesuma ini dibina atas sebahagian Lot 775, Mukim Beranang, Selangor Darul Ehsan.
* Pemaju kawasan perumahan ini ialah Agenda Istimewa Sdn Bhd . Agenda Istimewa Sdn Bhd dipunyai oleh Nam Fatt Berhad , syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur.
* Ada 2740 unit rumah . antaranya ialah apartmen kos rendah 5 tingkat. Terdiri daripada 6 fasa.
* Mula dibina pada tahun 1998 dan dijangka siap 2007. Telah diduduki sejak 2001. Nilai keseluruhan ialah RM80 juta ringgit.
* Taman yang berdekatan ialah Bandar Rinching, Taman Pelangi Semenyih, Taman Rinching Indah, Kampung Rinching Tengah, Kampung Rinching Hulu, Semenyih dan Beranang.

Sumber : wikipedia

Dari arah Kajang, dapatkan laluan menghala ke Seremban melalui jalan lama. Di sepanjang laluan anda itu nanti akan kelihatan beberapa taman dan kawasan perumahan sebelum sampai ke pekan Semenyih. Antara taman-taman tersebut adalah Taman Aik Ann, Taman Sunway Semenyih di sebelah kiri anda. Terdapat sebuah stesen jambatan timbang JPJ lebih kurang 2 km sebelum menghampiri pekan Semenyih di sebelah kanan. Selepas melalui pekan Semenyih, terdapat persimpangan ke Kuala Klawang, Semenyih Sentral dan Broga di ikuti dengan 2 kawasan perumahan besar iaitu Bandar Pelangi Semenyih dan Bandar Rinching. Lebih kurang 1 minit melintasi 2 kawasan perumahan tersebut, anda akan berada di kawasan Bandar Tasik Kesuma.

Berlatarbelakangkan tasik sebagai landskap utama, Bandar Tasik Kesuma begitu menyegarkan apabila dilihat pada awal pagi ketika matahari mula terbit.

Banjaran Titiwangsa menganjur dari selatan Thailand hingga ke Gunung Ledang di Johor. Banjaran bermaksud deretan gunung dan bukit , yang menjadi tulang belakang sesebuah kawasan. Banjaran Titiwangsa menjadi tulang belakang Semenanjung Tanah Melayu. Ia sebenarnya menganjur dari Banjaran Himalaya dan puncak tertingginya ialah Gunung Everest. Banjaran ini menjadi legeh bagi sungai-sungai utama di semenanjung Malaysia.Di sini terdapat tiga buah pusat peranginan iaitu Tanah Tinggi Cameron, Genting Highland dan Bukit Fraser. Kemuncak tertinggi di banjaran ini ialah Gunung Korbu. Di sini juga di jalankan penanaman tanaman hawa sederhana seperti teh,bunga-bungaan dan sayur-sayuran. Pola saliran atau cara cawangan-cawangan sungai dicantumkan dengan sungai utama ialah pola saliran reranting. Panjang banjaran ini kira-kira 500 km,manakala tingginya 900 meter hingga 2100 meter dari aras laut. Banjaran yang terpanjang di Malaysia ini menganjur dari sempadan Thailand ke Negeri Sembilan.

Sumber : wikipedia

Terdapat beberapa wakaf yang telah dibina bagi merehatkan badan setelah penat beriadah dipersekitaran tasik. Terdapat juga trek jogging yang luas di sekeliling tasik beserta taman permainan kanak-kanak. Kawasan yang berhampiran dengan tasik ini adalah lot-lot bungalow yang masih belum di duduki. Suasana penuh ketenangan dapat disaksikan pada awal pagi diikuti dengan suasana penuh kegirangan ketika petang dengan kehadiran mereka yang membawa famili beriadah di kawasan persekitaran tasik.

Sumber : www.bandartasikkesuma.com
Nearby cities:
Coordinates:   2°54'29"N   101°52'14"E
This article was last modified 11 years ago