World / Philippines / Muslim Mindanao / Larap, 62 km from center Coordinates: 5°2'32"N   118°55'47"E

KG BANGINGODKG BANGINGODKG BANGINGOD

KG BANGINGOD


Sebanyak 20 keluarga menetap di Kampung ini dengan populasi penduduk lebih kurang 160 orang. Penduduk menjalankan kegiatan Penanaman Sawit, Pokok kelapa dan Aktiviti Nelayan. Penduduk kampung mendapat pendidikan rendah di sekolah rendah berdekatan iaitu SK. Bangingod yang telah wujud semenjak tahun 1963 selepas kemerdekaan Sabah. Ramai anak-anak kampung bangingod yang telah melanjut kan pelajaran sehingga ke peringkat antarabangsa walaupun kehidupan kampung kekurangan infrastuktur kemudahan awam. Keluarga yang amat dikenali di kampung ini adalah Keluarga Ali Uban ( menjaga Surau Bangingod) Keluarga Jaani dan Buk Itti dan lain-lain keluarga dimana penduduk kampung mempunyai kaitan rapat kekeluargaan sesama penduduk. Kawasan ini telah diterokai sebelum kemerdekaan malaysia dan semasa pemerintahan British dan peperangan Jepun dimana peneroka asal Kg.Bangingod datang dari kepulauan Filipina. Kaum yang terdapat di KG. ini adalah kaum Bajau dan Suluk. Bahasa Utama adalah Bahasa Bajau, Suluk dan Melayu.

Perkataan asal Kg bangingod adalah dicetuskan oleh penduduk kampung dalam perjumpaan mereka dengan pemerintah british. Pada masa itu, "Panggi" atau ubi kayu merupakan sumber makanan ruji kampung ini. Mereka menamakan tempat ini sesuai untuk tanaman Panggi yang bagus. ada penduduk yang menyarankan nama kampung kepada pegawai british sebagai PanggiGood, tapi disalah ertikan oleh pegawai tersebut sebagai Bangingod.

Namun , versi lain menyatakan orang kampung kebanykkan berasal dari Pulau Banggi yg juga mempunyai populasi orang bajau yang terbesar pada masa tu. Orang Ubian merupakan kaum bajau yang suka merantau ketempat lain dengan belayar dan mencari tempat yang sesuai untuk tanaman Ubi kayu. Untuk memperingati pulau besar tersebut, mereka masih menamakan kampung ini sebagai Banggingod sebagai Anak Pulau Banggi..
Wikipedia article: http://en.wikipedia.org/wiki/KAMPUNG_BANGINGOD_TUNGKU
Category:
Address: , 161348


place comments:
add your comment in Malay


Edited: 6 months ago Languages: ms