Wikimapia is a multilingual open-content collaborative map, where anyone can create place tags and share their knowledge.

Mesjid Istiqlal (DKI Jakarta)

Indonesia / Jakarta / DKI Jakarta / Jl. Gedung Kesenian No. 3-7 Pasar Baru
 taman, tak terlihat, bingkai untuk menggambar, kawasan hijau

Menteri Agama Republik Indonesia yang pertama KH Wahid Hasyim adalah orang pertama yang mencetuskan idea pembangunan Masjid Istiqlal. Pada 1950, beliau bersama-sama dengan H. Agus Salim, Anwar Cokroaminoto dan Ir. Sofwan serta beberapa tokoh Islam pimpinan KH. Taufiqqorrahman mengusulkan idea tersebut dan mencanangkan pembentukan Yayasan Masjid Istiqlal.

Idea tersebut dipersetujui oleh Ir. Sukarno dan pada 7 Disember 1954 terbentuklah Yayasan Masjid Istiqlal yang diketuai Anwar Cokroaminoto di Lapangan Merdeka (kini Taman Monumen Nasional), Jakarta. Sukarno sendiri menjadi ketua juri bagi mencari seni reka masjid yang bercirikan Indonesia. Hasil satu sayembara, dewan juri yang terdiri daripada Prof. Ir. Rooseno, Ir. H. Djuanda, Prof. Ir. Suwardi, Hamka, H. Abubakar Aceh dan Oemar Husein Amin akhirnya pada 5 Julai 1955 memilih model Frederich Silaban sebagai pemenang untuk seni bina Masjid Istiqlal.

Pada pertengahan tahun 1960 perancangan pembinaan Masjid Istiqlal terganggu seketika kerana terpengaruh dengan suasana politik Indonesia. Namun akhirnya pada 24 Ogos 1961 tiang pancang pertama berjaya ditanam menandakan permulaan pembinaannya. Dan pada 22 Disember 1978, ia dirasmikan oleh Presiden Suharto.
Kota terdekat:
Koordinat:   6°10'13"S   106°49'53"E
Artikel ini terakhir diubah 14 tahun yang lalu